Mission Immposible..!

LilySlim Weight loss tickers

Ahad, 11 Mei 2014

Ulasan Produk : Harum Malam

Assalamualaikum wbt...


Terpanggil oleh iklan iklan yang mencabar di FB dan Surat Khabar... Maka Mrs.Kimiey pun terGODA jugak akhirnya...

Berhenti di toko jamu Pasar ChowKit..Lalu sambar satu botol..untuk percubaan sahaja OK... Harga offer (pelanggan tetap) RM25.00 sahaja untuk 250ml...  sekali minum 20ml dua kali sehari... tapi oleh kerana still BF dikurangkan kepada 1kali sehari sahaja.. baru 3 hari mencuba OK.... tapi kesannya sudah ada... secara fizikalnya pun ketara... So.. ia boleh diketegorikan produk TERBAIK TOQ... 

Sangat baik kepada Puan-Puan yang menghadapi masalah keintiman (intimasi). So sangat disarankan kepada wanita terutama yang penat bekerja.




Isnin, 24 Februari 2014

Ulasan Produk : ANUGERAH - BRAIN BOOSTER

Assalamualaikum wbt.....

Pernah dengar tak pasal produk ni..??

Anugerah Brain Booster
Produk ni diperkenalkan kepada aku masa aku pi beli Air Anugerah di kedai toko jamu kat Pasar Chow Kit. Brader yang jual tu promo kat aku katanya suruh try bagi anak minum. Masa tu dia tengah promosi, so aku dapatlah harga promosi. 

Sebenarnya aku memanglah selalu bagi ada Air Anugerah kat rumah, kalau habis aku akan beli buat stok kat rumah. Sebab family aku serasi la dengan air tu. Kalau panas-panas badan just minum air tu jer menggantikan air cap badak yang dah tercemar sekarang nih.

Kembali ke BB (brain booster)....

Anak aku yang 2nd tu agak kurang petah bercakap nak dibandingkan dengan anak aku yang 1st. Walaupun dah 2 tahun tapi masih "pelat" cakapnya nak dibandingkan dengan kakaknya pada usia itu. So, bila dah di offer dengan BB aku pun cubalah.

Alhamdullilah, selepas seminggu cuba BB anak aku dah ringan mulut dan bahasanya lebih mudah difahami. So aku sarankan kepada sesiapa yang anaknya berat mulut tu, try la guna BB. 

Cara nak guna ada tertera kat botol..(ada step by stepnya)

Sehingga sekarang aku sangat happy sebab aku lebih mudah berkomunikasi dengan anak aku yang dah makin kurang "pelatnya".

"Usaha & Izin dari Allah S.W.T"

Khamis, 24 Januari 2013

1st Day - Fellina Inchloss

Sana sini dok cerita pasal felinna.... aku dah tergoda.. dan akhirnya aku pun membelikannya dengan harapan untuk Meng-KECIKKAN part part yang tidak menarik... Almaklumla... anak dah 2.. umo dah meningkat.. Laki dok ENCHEM lagi.. ini tarak boley jadi... maka setelah takut untuk memakan ubat2 kurus.. aku pun memulakan operasi menyapu-nyapu la...

benda pertama yang aku guna.. MUSTAJAB la.. tapi asal pakai jer ada la Mr.Kimiey tu cakap bau busuk.. Ok la.. aku dah guna yang perisa ROS ok.. still dia cakap busuk.. (makan hati derr....)... dah tu aku ada gastrik... bila guna jer mustajab tu.. perut aku kompom sakit kena serang gastrik... memula aku pun heran gak.. sbb dah lama x kena.. asal sapu jer sakit perut.. bila tak sapu ok plak.. so aku terpaksa la mencari alternatif yang lain....

so aku dah tergoda dengan Fellina ni... apa tak nya sana sini dok heboh.. dalam FB lagi la merlambak2... dan setelah aku search...dapat la dari seorang penjual..(boleh kata org kampung la nooo)..

Oooo sebelum tu...

Berat sebelum KAHWIN = 48kg
Berat selepas anak sulung = 56kg
Berat selepas anak ke-dua = 64kg... (sekarang yer..)

Saiz baju sebelum kawen = Xs @ S ikut cutting
Saiz baju sekarang = L @ XL ikut cutting...


So... TAK SANGGUP RASANYA AKU JIKA BEGINI..... BERTERUSAN...

Maka hari ni.. aku terima bungkusan itu... Dapat pukul 11pg.. nak sapu sebelum tidor.. tapi memandangkan aku dah tak sanggup lagi menanti...pukul 2ptg ni jugak aku sapu....

Tapi aku tak sempat la pulak ukut lilit.... Hrmmm tak kisahlah... aku tetap nak guna jugak....!!

So kita tunggu  30 hari lagi... apa yang akan jadi...


Mukadimah...Pra kata....

Assalamualaikum wbt.... Salam sejahtera...

Hari ini 25 Jan 2013, Jumaat bersamaan 13 Rabiul Awal 1434 Hijrah.... Tercetusnya Idea Tengahhari jumaat untuk aku memulakan coretan dan mula membuka blog ini untuk tatapan umum....

Ini kerana aku ingin meluahkan garapan-garapan kata dariku untuk-aku juga...

Lets start WRITING..!